Assalamu'alaikum.

Assalamu'alaikum
Selamat datang di blog ini. Terimaksih atas kunjungannya sahabat

Semoga dapat bermanfaat untuk membuat kita lebih baik lagi, amin....
(bagi yang ingin copy and share artikel yang ada dblog ini, silahkan saja, asal cantumkan sumbernya... :)

Monday 12 July 2010

Merendahlah Serendah Rendah Bumi Wahai Jiwa-Jiwa Yang Suci

Assalamu'alaikum,.Warahmatullahi,.Wabarakatuh,..

Tundukkan jiwamu serendah bumi, agar dirimu tidak merasa setinggi langit.. Jadilah insan yang mulia dengan kerendahan, bukan yang hina kerana direndahkan…

Kebajikan adalah akhlak yang terpuji, sedangkan dosa ialah apa yang meresahkan jiwamu serta engkau tidak suka apabila masalah itu diketahui orang lain (Hadith riwayat Muslim)

Ramai orang melakukan kebajikan. Dengan kata lain, banyak bersedekah, melayan tetamu dengan baik, mengadakan majlis-majlis ilmu, dan sebagainya. Tetapi ramai yang terlupa bahawa antara kebajikan itu juga termasuklah akhlak yang terpuji.

Apakah akhlak? Sesetengah orang mampu mempamirkan akhlak yang baik dihadapan manusia, tetapi, ketika ditimpa saat-saat menyukarkan seperti ditimpa musibah harta, atau ditekan dengan situasi yang menyepitkan seperti gempa bumi atau tsunami yang mana nyawa kita berada di hujung tanduk, masih mampukah kita mempamerkan akhlak yang terpuji?

Maka di antara akhlak yang terpuji itu termasuklah menjauhi sifat sombong. Jangan kita seperti iblis yang sombong kerana merasakan dirinya lebih baik dari manusia hanya kerana dicipta dari api.

Allah berfirman: “Apakah yang menghalangimu untuk bersujud (kepada Adam) di waktu Aku menyuruhmu?” Menjawab iblis “Saya lebih baik daripadanya: Engkau ciptakan saya dari api sedang dia Engkau ciptakan dari tanah.” (Al-A’raf:12)

Di dalam hadith lain RAsulullah bersabda:

لاَ يَدْخًلً اْلجَنَّةَ مَنْ كَانَ ِفيْ قَلْبِهِ مِثْقَالَ ذَرَّةٍ مِنْ كِبْرٍ . رواه مسلم

Tidak akan masuk surga orang yang di dalam hatinya terdapat sebesar biji sawi kesombongan. (HR. Muslim)

Ternyata orang yang mempunyai sifat sombong dalam dirinya, walaupun sebesar biji sawi, akan dihalang dari masuk syurga. Mahukah kita jadi orang yang sebegitu?

BInalah sifat rendah diri, kerana ianya sifat yang mulia, jangan pula akhirnya kita direndahkan oleh Allah dengan dihalang dari menikmati syurgaNya..


Wallahualam

Oleh: Abi Vhiran Al mgfirah

No comments:

Post a Comment