Assalamu'alaikum.

Assalamu'alaikum
Selamat datang di blog ini. Terimaksih atas kunjungannya sahabat

Semoga dapat bermanfaat untuk membuat kita lebih baik lagi, amin....
(bagi yang ingin copy and share artikel yang ada dblog ini, silahkan saja, asal cantumkan sumbernya... :)

Saturday 3 April 2010

Duhai Anakku

Wahai anak-anakku..
Jika suatu hari nanti engkau mendapati diriku semakin tua, hendaklah engkau bersabar dan memahamiku…
Jika aku mengotorkan diriku ketika makan, jika aku menghadapi kesukaran menguruskan diri…bersabarlah! Ingatlah waktu-waktu yang aku luangkan untuk mengajarmu tentang segala sesuatu ketika kamu masih kecil dahulu…

Jika aku mengulangi perkara yang sama setiap detik masa, janganlah engkau menegurku! Dengarlah kata-kataku! Sewaktu engkau kecil, engkau selalu memintaku supaya membacakanmu cerita yang sama,malam berganti malam, sehinggalah kamu tertidur… Dan aku menurut sahaja!
Jika aku tidak membersihkan diriku setiap hari dengan air, usah menegurku dan memberitahuku bahawa itu sesuatu yang memalukan… Ingatlah berapa banyak alasan yang aku reka untuk membuatkan kamu mandi semasa kecil…
Bila melihat kejahilanku terhadap teknologi baru, usahlah engkau mentertawakan diriku, tetapi berilah aku masa untuk memahaminya…
Aku telah mengajarkanmu terlalu banyak perkara supaya kamu dapat makan dengan baik… dapat menguruskan diri dengan baik… dapat berkelakuan baik… dan bagaimana menghadapi segala masalah di dalam kehidupan…
Jika pada suatu ketika aku terlupa atau tidak mampu mengikuti sesuatu perbualan, berilah masa padaku untuk mengingatinya kembali dan jika aku masih tidak dapat mengingatinya, janganlah engkau berasa marah dan menjadi orang yang sombong… kerana amat penting bagiku… adalah untuk bersama dengan dirimu dan dapat berbual denganmu.

Jika aku menolak untuk makan, janganlah memaksa diriku! Aku tahu bila aku lapar dan bila aku tidak lapar…
Jika kaki tuaku sudah tidak mampu berjalan seperti sebelumnya…
Bantulah aku sepertimana aku pernah memaut tanganmu untuk mengajarkanmu memulakan langkah pertamamu…
Dan apabila pada suatu masa nanti, aku memberitahumu bahawa aku payah mengharungi hidup ini, aku makin hampir dengan mati, janganlah marah padaku… kerana pada suatu hari nanti engkau akan faham…!
CObalah engkau memahami bahawa pada suatu tahap usia, kami benar-benar lemah menghadapi hidup ini. Kami cuba mengharunginya…
15. Suatu hari nanti, engkau akan faham bahawa pada setiap kesalahan yang aku lakukan, aku selalu inginkan yang terbaik untuk dirimu, yang telah aku sediakan sejak engkau kecil lagi untuk dirimu membesar.
Engkau tidak perlu merasa sedih, malang, atau lemah di hadapan usia tuaku dan pada keadaan diriku ini. Hendaklah engkau berada di sampingku, cuba memahami hidupku, melakukan yang terbaik sepertimana yang aku lakukan ketika kelahiranmu.
Bantulah aku untuk berjalan, bantulah aku untuk mengakhiri hidupku ini dengan kasih sayang dan sabar… Hanya satu cara yang perlu untukku menghargai dirimu, iaitu senyuman dan kasih sayang dari dirimu.

Aku sayang kamu… wahai anak-anakku!
UNTUK ANAKKU TERSAYANG
Nak…,menjadi ayah itu indah dan mulia, dengan itu aku bangga. Besar kecemasanku menanti kelahiranmu dulu belum hilang hingga saat ini. Kecemasan yang besar dan indah itu kerana didasari sebuah cinta.

Meskipun demikian, ketahuilah, menjadi ayah itu berat dan sulit. Tapi ku akui, betapa sepanjang masa kehadiranmu disisiku, aku seperti menemui makna keberadaanku dan tugas kebapaanku terhadapmu.

Sepanjang masa kehadiranmu adalah suatu masa terindah dan paling aku banggakan di hadapan siapa pun. Bahkan di hadapan Tuhan sekali pun aku membanggakan mu ketika aku duduk berduaan dengan mu dihadapanNya, hingga saat usia senja menanti.

Anak ku…. ., saat pertama engkau hadir, ku cium dan ku peluk engkau sebagai buah cinta ku dan cinta ibu mu. Sebagai bukti dan pengikat bahwa aku dan ibu mu tak akan pernah terpisahkan oleh apa pun dan siapa pun.

Engkau ternyata bukan milik ku, bukan pula milik isteri ku ibu mu, engkau adalah milik Allah yang dititipkan kepada ku. Dari itu tak ada hak ku menuntut pengabdian dari mu. Kerana pengabdian sesungguhnya hanya patut untuk Nya.

Sejak saat itu, satu-satunya usaha ku adalah mendekatkan mu kepada pemilik mu yang sebenarnya. Tugas ku bukanlah membuat mu dikagumi orang lain, tapi tugas ku sebenarnya adalah membuat mu dicintai Allah, untuk itu aku harus mendekatkan mu kepada Nya.

Inilah usaha terberat ku, kerana di situ ertinya aku harus terlebih dahulu memberikan contoh kepada mu bagaimana mendekatkan diri dengan Nya. Keinginan ku harus sesuai dengan keinginan Nya Sang Pemilik mu agar perjalanan ku untuk mendekatkan mu kepada Nya tak lagi terlalu sulit.

Kemudian, kita pun memulai perjalanan itu berdua bergandingan dengan ibu mu, tak pernah engkau kami biarkan tersandung kerikil tajam, terperosok kelembah hitam. Ku genggam jemari mu kupeluk jiwa mu, agar dapat kau rasakan hangatnya perjalanan rohani ini.

Saat engkau mengeluh letih berjalan, ku tarik engkau dengan belaian sayang kerana kita memang tak boleh berhenti. Perjalanan mendekat dengan Nya tak kenal letih tak kenal berhenti.. Berhenti bererti mati mata hati. Inilah kata-kataku. Acap kali ku belai, ku peluk dan ku usap air matamu ketika engkau hampir putus asa.
Akhir nya nak, kalau nanti, ketika semua manusia dikumpulkan dihadapan Nya di padang mahsyar, kudapati jarakku amat jauh dari Nya, aku ikhlas, aku rela dan aku ridho, kerana seperti itulah aku di dunia. Tapi kalau boleh aku berharap, aku ingin melihat mu di saat itu engkau berada dalam pelukan Nya dekat sekali dengan Kasih dan Cinta Nya.

Bangga aku, aku bangga, kerana itulah bukti bahawa engkau yang dititipkan kepadaku telah dapat pula aku kembalikan kepada Pemilik Nya, Allah Rabbul ‘Alamin.

DARI : RENUNGAN KISAH INSPIRATIF

No comments:

Post a Comment