Assalamu'alaikum.

Assalamu'alaikum
Selamat datang di blog ini. Terimaksih atas kunjungannya sahabat

Semoga dapat bermanfaat untuk membuat kita lebih baik lagi, amin....
(bagi yang ingin copy and share artikel yang ada dblog ini, silahkan saja, asal cantumkan sumbernya... :)

Wednesday, 7 April 2010

JADILAH SEORANG LELAKI.....................

Jadilah seorang lelaki yang beriman,
Yang hatinya dibalut rasa taqwa kepada ALLAH,
Yang jiwanya penuh penghayatan terhadap AGAMA,

Yang senantiasa haus dengan ilmu,
Yang senantiasa dahaga akan pahala,
Yang solatnya adalah maruah dirinya,
Yang tidak pernah takut untuk berkata benar,
Yang tidak pernah gentar untuk melawan nafsu,
Yang sentiasa bersama kumpulan orang-orang yang berjuang di jalan ALLAH.

Jadilah seorang lelaki,
Yang menjaga tutur katanya,
Yang tidak bermegah dengan ilmu yang dimilikinya,
Yang tidak bermegah dengan harta dunia yang dicarinya,
Yang sentiasa berbuat kebajikan kerana sifatnya yang penyayang,
Yang mempunyai yang selalu dirindukan dan disegani lawan.

Jadilah seorang lelaki,
Yang menghormati ibu bapakmu,
Yang sentiasa berbakti kepada orang tua dan keluarga,
Yang bakal menjaga kerukunan rumahtangga,
Yang tak ringan tangan,
Yang slalu berkepala dingin mengatasi masalah.
Yang akan mendidik isteri dan anak-anak mendalami agama,
Yang mengamalkan hidup penuh kesederhanaan,
Kerana dunia baginya adalah rumah sementara menuju akhirat.

Jadilah seorang lelaki,
Yang sentiasa bersedia untuk menjadi Pemimpin yang mengayomi keluarga,
Yang menjadi panutan anak istriku kelak.
Yang hidup di bawah naungan KITAB SUCI dan meneladani sifat-sifat Rasul,
Yang menyenangkan diajak berbincang dan berbicara,
Yang menjaga mata dan hati tingkah lakunya dari maksiat,
Yang sujudnya penuh kesyukuran dengan rahmat Allah ke atasnya.

Jadilah seorang lelaki,
Yang tidak pernah membazirkan masa,
Matanya kepenatan kerana membaca KITAB SUCI,
Suaranya lesu karena penat berzikir,
Tidurnya lena dengan cahaya keimanan,
Bangunnya Subuh penuh kemilauan,
Kerana sehari lagi usianya bertambah kematangan.

Jadilah seorang lelaki,
Yang sentiasa mengingati mati,
Yang baginya hidup di dunia adalah ladang akhirat,
Yang mana buah kehidupan itu perlu dipelihara dan dijaga,
Agar berputik tunas yang bakal menjaga bakal yang baik,
Meneruskan perjuangan AGAMA sebelum hari kemudian.

Jadilah seorang lelaki,
Yang tidak terpesona dengan buaian dunia,
Kerana dia mengimpikan syurga ALLAH.

Jadilah lelaki ... Yang Sejati...

Sumber: http://www.facebook.com/notes/renungan-n-kisah-inspiratif/jadilah-seorang-lelaki/406701656041

No comments:

Post a Comment